~SELAMAT DATANG KE BLOG HAYYANZUHA...~

*HARAP PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA... MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YG DI REDHAI...AMIN...*

Ahad, 31 Mei 2015

Tumpang iklan niaga tuan admin...

Saya Puan Yani ingin memperkenalkan 5 jenis produk kesihatan & kecantikan.                                                                                                                                                     #FLORALMASK- untuk membuang whitehead yang menjadi punca jerawat jika tidak dibuang, selain itu melembutkan & melicinkan kulit wajah.
#MANJASIREH- hygienic wash (free krim pemutih miss v)- bertindak sebagai pembersih, merawat dan menjaga aset penting wanita. Sesuai untuk remaja 13tahun ke atas, ibu hamil, ibu dalam berpantang, dan juga boleh digunakan oleh kaum lelaki.        
#DIANZ VITAMIN- vitamin ini memperbaiki struktur kulit dari dalam serta mencerahkan kulit. Amat sesuai semua golongan termasuk lelaki, ibu sedang hamil dan menyusu.          #TABITA SKINCARE- set rawatan wajah ini dapat merawat masalah di wajah seperti kulit kusam, jerawat, jeragat dll. #CMD- berfungsi sebagai mengawal dan menurunkan berat badan yang di impi dengan bantuan dari kami sehingga berjaya. Selain itu, ia bertindak sebagai penawar segala pelbagai penyakit termasuk masalah merokok dan alkohol.                                                                                                                                                                                                                         Boleh singgah fb saya Hayyan Zuha untuk lihat testimoni pengguna yang berjaya!                                                      
Jika berminat boleh chat saya di fb dan di wechat(#60145469166)

Jumaat, 20 Jun 2014

CONTOHI SIFAT ANJING???

Hassan al-Basri pernah menyarankan agar kita contohi sifat anjing. Antaranya:
1.    Anjing setia pada tuannya. Bukankah sepatutnya kita yang setia MEMATUHI PERINTAH ALLAH S.W.T
2.   Anjing sentiasa berjaga pada waktu malam. Dan kita patut begitu dengan MEMPERBANYAKKAN SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T.
3.   Anjing sentiasa tidur di tempat yang rendaah berbanding tuannya. Kita juga sepatutnya begitu iaitu SENTIASA MERENDAHKAN DIRI DAN TAWADUK.
4.   Anjing hanya makan sedikit sahaja dan tidak pernah makan sampai kenyang. Sifat inilah yang perlu dicontohi SUPAYA KITA TIDAK MALAS APABILA MAKAN TERLALU KENYANG.
5.   Anjing yang tidak bertuan, tidak mempunyai tempat tinggal tetap, sentiasa berpindah sana sini. Begitu jugalah MANUSIA YANG DIANGKAT SEBAGAI KHALIFAH ALLAH YANG AKAN SENTIASA BERMUSAFIR MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAM DAN BUKANNYA DIKATIL YANG EMPUK.
6.   Anjing tidak pernah merajuk atau terasa hati, apabila dipukul oleh tuannya. Malah akan sentiasa kembali kepada tuannya. Tidakkah sifat itu perlu ada pada kita yang mahu mencari ilmu? WALAUPUN DIMARAHI OLEH TUAN GURU, KITA TETAP ISTIQAMAH DAN TERUS MENCARI ILMU, TANPA MERAJUK.
7.   Anjing, jika tempat tinggalnya diambil oleh orang lain, dia redha dan akan berpindah ke tempat lain. Anjing tidak berkelahi dan berdendam. KENAPA KITA HARI INI BEGITU KUAT BERKELAHI DAN BERDENDAM, HANYA KERANA KALAH DALAM PILIHAN RAYA?
8.    Anjing, bila melihat orang lain makan, dia tidak akan datang meminta-minta seperti kucing. Diberi, dia makan. Jika tidak, dia akan tengok sahaja. TIDAKKANH SIFAT REDHA INI PERLU ADA PADA DIRI KITA, BUKANNYA MEMINTA-MINTA?
(Petikan Majalah al-Islam; Jun 2014)

Kita sering mengutuk dan menghalau anjing, sedangkan akhlak kita lebih buruk daripada anjing. Maaf  jika artikal ini sedikit sebanyak menguris hati pembaca. Semoga kita semua dapat menjadi hamba Allah yang diredhai.

Rabu, 18 Jun 2014

ILMU RUMAHTANGGA....

1.      LELAKI DAN SYAHWAT
“Tujuh orang yang dilindungi Allah pada hari kiamat dibawah naungan Arasy-Nya, pada hari yang tiada naungan, selain naungan-Nya. Antaranya ialah seorang lelaki yang dipanggil oleh wanita jelita dan bangsawan kepada dirinya. Lalu lelaki itu menjawab: “Aku takut akan Allah, Tuhan semesta alam”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.      MEMILIH RUPA PARAS ANAK
“Pilihlah untuk siapakah akan diberikan air mani kamu. Kerana sesungguhnya wanita-wanita itu akan melahirkan anak yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka”.
3.      CINTA PERTAMA
Syair Arab ada mengatakan: “Pindahkan hatimu mengikut cinta yang kamu hajati. Nescaya hatimu tidak akan menerima cinta melainkan Cinta Pertama”. ~ Kata-kata al-Mutanabbi ~
4.     TIP TACKLE HATI SUAMI
a.      Terima suami agar dia menerima anda
b.       Fahamilah suami agar dia faahaami anda
c.       Berubaah untuk menikmati perubahan
d.      Rela memberi untuk menerima
e.       Percaya untuk dipercayai
f.       Menangkaan suami, anda pun turut menang
g.      Sikap negatif hanya membuahkan hasil yang negatif
h.      Bertanggungjawab untuk menikmati kesan tanggungjawab
i.        Kritikan hanya akan dibalas dengan kritikan
j.        Berikan suami apa saja yang dimahukannya, anda juga akan mendapat apa yang anda mahukan
k.     Lebih berminat anda terhadap suami, lebih berminat pula dia terhadap anda
l.        Senyuman itu manifestasi kasih sayang
m.   Panggillah suami dengan panggilan yang manja
n.     Hormati dia sebagai lelaki, dia akan hormati anda sebagai wanita
o.       Dengar dengan baik apa yang dia katakan, dia akan mendengar apa katamu
p.       Bercakap isu yang disukai suami
q.      Ungkapkan bertapa dia sangat penting dalam hidup anda
r.       Elakkan menyatakan penyesalan mengahwininya.
~ Sentuhan Mesra Suami Isteri & Seni Gelora Jimak, Haji Hassan al-Khairun b. Ghazali ~
5.      ANUGERAH WANITA
“Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, menjaga kemaluannya dan patuh kepada suami maka dia akan memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”. (Riwayat Tabarani, Ahmad dan Ibn Hibban. Dianggap hassan oleh al-Albani dalam Adab al-Zifaf, m.s 253)
6.     HIKMAH PERKAHWINAN POLIGAMI
a.      Pembelaan terhadap wanita- anak dara tua atau janda yang memerlukan kasih sayang dan perlindungan serta kesempurnaan hidup.
b.       Perkahwinan bermasalah- isteri tidak mampu hamil dan suami tidak perlu menceraikan isteri pertama tetapi boleh berkahwin lain demi mendapatkan zuriat.
c.       Isteri tidak mampu- tidak mampu melayan naluri suami seperti sakit. Jika masih setia dan sayang, ia boleh menyelamatkan suami daripada maksiat dan zina.

7.     MEMINANG WANITA
“Apabila salah seorang antara kamu hendak meminang seorang wanita, kemudian dia dapat melihat sebahagian yang  dapat menarik hatinya untuk mengahwininya, maka lakukanlah.” (Riwayat Abu Daud)
8.      HAK SUAMI ATAS ISTERI
“Tidak boleh seorang manusia sujud kepada manusia yang lain, dan jika boleh sujud kepada manusia, pasti saya akan meemerintahkan wanita agar sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami. Demi Allah yang diriku di tangan-Nya! Jika seluruh kepalanya ada bisul yang keluar nanah, kemudian dia(isteri) datang dan menjilatnya, haknya masih tertunai.” (Riwayat Tarmizi, hassan gharib)
9.      PANDANGAN SEORANG ISTERI DAN SUAMI
Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah melihat mereka(Suami Isteri) dengan penuh rahmat dan kasih sayang.
10.  JIWA ORANG YANG BAHAGIA
Membaca, tertawa, berfikir, beramal, bersenda dan beribadat. ~ Is’adul-Mar’ah, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni~
11.  KISAH WANITA DAN HUJUNG KAIN
Bekas isteri Rifa’ah datang kepada Rasulullah katanya: “Rifa’ah telah menceraikan saya. Kemudian saya berkahwin dengan Abdur Rahman bin al-Zubair. Dia ini macam hujung kain!”. Rasulullah tersenyum, lalu bersabda: “Adakah engkau mahu kembali kepada Rifa’ah? Tidak boleh sehinggalah kamu menikmati kemanisannya (Abdur Rahman) dan dia menikmati kemanisanmu.” (Riwayat oleh Muslim daripada Aisyah, Hadith Sahih)
*Hujung Kain = Zakarnya yang lembik/Lemah syahwat
12.   PELAJARI, SELAMI, CONTOHI DAN TELADANILAH MEREKA
Wahai wanita...!
a.      Pelajarilah Erti Kesabaran daripada Asiah(Isteri Firaun)
b.       Contohilah Kesetiaan daripada Khadijah(Isteri Rasulullah yang pertama)
c.       Selamilah makna Kejujuran daripada ‘Aisyah(Isteri Rasulullah yang paling muda)
d.      Teladanilah Keteguhan Hati daripada Fatimah az-Zahra’(Puteri Rasulullah)

13.  ISTERI MITHALI
“Isteri yang terbaik ialah isteri yang jika dilihat dia menyenangkan hatimu, jika disuruh dia taat kepadamu, dan ketika engkau sedang merantau dia menjaga dirinya dan hartamu.” (Riwayat Abu Hurairah, disahihkan oleh Muhammad Syakir)
14. KEJADIAN WANITA
“Bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya, kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan adalah yang paling teratas. Oleh sebab itu, jika engkau luruskan dengan paksaan, ia akan patah, dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
15.  BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI
“Seorang yang paling sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik kepada isterinya.” (Riwayat Abu Nu’aim, al-Tabrani daripada Aisyah)
16. DOA WANITA
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah tentang perkara ini, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa, dan orang yang penyayang tidak akan dilupakan.”
17. CINTA ITU KEKUATAN
“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi memghembuskan kegaagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.” ~Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick~



Sabtu, 31 Mei 2014

SIAPA GOLONGAN YANG DIHALANG MELIHAT WAJAH ALLAH????

Melihat Allah di hari akhirat adalah nikmat terbesar buat seseorang hamba. Allah Ta’ala berfirman maksudnya,”... PADA HARI AKHIRAT ITU, MUKA (ORANG-ORANG YANG BERIMAN) BERSERI-SERI; MELIHAT KEPADA TUHANNYA...” (al-Qiyamah: 22-23)
1.    PENDERHAKA KEPADA IBU BAPA
2.   BERJANJI DEMI KEPENTINGAN DUNIA
3.   MEREKA YANG MEMILIH PEMIMPIN KERANA KEBENDAAN
4.   PEMERINTAH YANG BERDUSTA DAN TIDAK MEMPERDULIKAN PENDERITAAN RAKYAT
5.   ORANG TUA YANG BERZINA
6.   ORANG MISKIN YANG TAKBUR
7.   ORANG YANG ENGGAN MEMBANTU ORANG LAIN WALAUPUN PERTOLONGAN ITU TIDAK SEBERAPA
8.    PEREMPUAN YANG BERLAGAK SEPERTI LELAKI
9.    LELAKI(SUAMI) YANG DAYUS
10. PENGAMAL HUBUNGAN SONGSANG(SEJENIS)
11. ORANG YANG SUKA MENGUNGKIT PEMBERIANNYA
12. PENJUAL YANG DUSTA
13. ISTERI YANG TIDAK BERTERIMA KASIH KEPADA SUAMINYA
14.ORANG KAYA YANG ISUKA PAMERKAN KEKAYAAN

(Sumber: Majalah Iman Bil:27 keluaran Mei)

Sabtu, 24 Mei 2014

DOA PENCEGAH SIHIR_Prof Dr Wan Maseri UMP

‘’Ampunlah dosa-dosaku selama ini kerana lalai kepadaMu Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dan tunjukilah aku yang benar Ya Haadi. Ya Allah Ya Qahhar, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Menundukkan, tundukkan ego dan sifat kejahatan pensihir yang mensihirkanku agar pensihir mampu keluar daripada genggaman sihir dan syaitan. Ya Allah Ya Latif, Sesungguhnya Engkau Maha Lembut yang mampu melembutkan hati yang keras, lembutkan hati pensihir yang mensihirkanku agar dia mampu mengeluarkan sihir tersebut. Ya Allah Ya Malik, Yang Maha Membalik-balikkan hati manusia, balik-balikkan hati pensihir agar menarik balik sihir ini. Ya Allah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk, berilah petunjukMu kepada pensihir itu agar kembali ke jalan yang benar dan bertaubat kepadaMu. Sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi ujian ini dan keluar dari penyakit ini melainkan izin dan pertolongan Mu. Engkaulah Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan, sembuhkanlah penyakit ini kerana aku ini beribadat kepadaMu dan menyembahMu.’’


KUASA ASMA' UL-HUSNA

ZIKIR ASMA UL-HUSNA RUMAHTANGGA


1.       Ya Rahim (Yang Maha Penyayang): 100 kali selesai solat fardhu~dikasihi ramai
2.      Ya Jabbar (Yang Maha Perkasa): 21 kali pagi dan petang~terhindar dari ancaman musuh
3.      Ya Mutakabbir (Yang Maha Megah Dan Memiliki Kebesaran): 10 kali sebelum bersetubuh dengan isteri~miliki anak soleh solehah
4.     Ya Musawwir (Yang Maha Membentuk Rupa): hendaklah berpuasa selama 7 hari berturut-turut. Ketika hendak berbuka bacalah “Yaa Khaliq, Yaa Baari’, Yaa Musawwir” sebanyak 21 kali dan tiup pada segelas air lalu diminum semasa brbuka puasa selama 7 hari tersebut~dikurniakan zuriat
5.      Ya Ghaffur (Yang Maha Pengampun): Sekerap yang mungkin~keberkatan kepada keturunan
6.      Ya Hasib (Yang Maha Membuat Perhitungan): Sekerap yang mungkin~menghentikan tangisan bayi
7.     Ya Karim (Yang Maha Pemurah): 270 kali setiap hari~mampu bayar hutang
8.      Ya Raqib (Yang Maha Mengawasi): Sekerap yang mungkin~elak keguguran
9.      Ya Wadud (Yang Maha Pencinta): 1000 kali setiap hari~dicintai Allah,terbit rasa cinta, menyelesaikan perselisihan faham antara suami isteri
10.   Ya Syahid (Yang Maha Menyaksikan): Sekerap yang mungkin~anak menjadi taat
11.   Ya Matin (Yang Memiliki Sifat Maha Kukuh): Sekerap yang mungkin~tambah air susu ibu, 10 kali~anak tidak derhaka
12.  Ya Waliyy (Yang Memiliki Sifat Maha Melindungi): sekerap yang mungkin di hadapan pasangan yang berkelakuan buruk~keharmonian rumahtangga
13.  Ya Mubdi (Yang Maha Memulakan): 99 kali setiap hari~elak keguguran
14.  Ya Hayy (Yang Maha Hidup):500 kali sebelum terbit fajar~kedamaian
15.  Ya Qayyum (yang Maha Berdikari dan Berdiri Sendiri): zikir dari terbit matahari hingga naik matahari~ mohon kebahagiaan
16.  Ya Wahid (Yang Maha Tunggal): Secara ulang-ulang~kemuliaan dalam keluarga dan sanak saudara
17.  Ya Waali (Yang Maha Memerintah): Berulaang-ulang lalu ditiupkan dalam rumah~rumah akan dilindungi daripada bahaya
18.   Ya Baari’ (Yang Maha Penderma): 7 kali pada bayi baru lahir~diberi pelindungan sehingga dewasa
19.   Ya Jami’ (Yang Maha Mengumpul): 10 kali setiap hari~keluarga yang terpisah akan bersama berkumpul
20.  Ya Maani (Yang Maha Mencegah): Zikir berulang-ulang ditempat tidur~mengembalikan rasa cinta pasangan
21.  Ya Warith (Yang Maha Pewaris): “Rabbi laa tadzarnii jardan wa anta khairul waaritsiin”~mendapatkan anak yang soleh solehah
22. Ya Sabuur (Yang Maha Sabar): 289 kali~yerhindar dari fitnah dan dipenuhi rasa cinta kepada Allah




Selasa, 22 April 2014

KRONOLOGI AKU DAN ARWAH EMAK

23 MAC 2014 : Aku diberitahu oleh abang Man bahawa mak dipindahkan semula ke HTAA dari Hospital Daerah Pekan. Pada pagi itu aku cari makanan sunnah rasulullah untuk aku suapkan demi keakraban kami sebagai ibu dan anak. Akulah anak yang paling bongsu dan paling dimanjakan oleh kedua oran tuaku... Terima kasih ayah... Terima kasih mak.... Setelah sampai di wad 7B, aku terus menerpa ke arah katil mak... Pilu hati saat melihat derita sakit mak tanggung... Mak sudah tidak mampu bagun berjalan, apatah lagi mahu duduk... Aku terus peluk sampai nangis teramat... Mak pun nangis sambil cerita sakit yang ditanggung... Penyakit 3serangkai mula merebak pada tulangnya... Aku sediakan susu kambing Anugerah dan suap demi sedikit... Mak tak lalu makan tapi dia hanya mahukan buah-buahan untuk alas perutnya... Demi kasih sayang yang dia jaga aku.. Aku usaha turun carikan buah Honeydew... Sehingga lewat petang aku sapu minyak Anugerah sambil zikir Asma ul-Husna.. Sebelum pulang aku berjanji akan temaninya pada malam keesokannya...
24 MAC 2014 : Setelah habis waktu kerja pada 6.30pm, aku terus dapatkan bas untuk ke HTAA temankan mak sepanjang malam... Sampai di sana, mak mengeluh sakit.. Aku hampir heran apabila mak berlainan sikap... Mak seorang yang amat penyayang dan tak mudah menengking anak-anak... Tapi hari ini amat berbeza sepanjang malam... Mak tak senyum pun.. aku terlalu rindukan senyuman dan ketawa mak.. Hanya Allah yang tahu bertapa aku tak tahan... Jam 6pagi aku minta izin untuk tidak menjaganya pada malam seterusnya... Wajah mak nampak kecewa tapi aku terpaksa kerana aku ada Tekanan Darah Rendah sejak mak keluar masuk wad dalam masa 2bulan...
25 MAC 2014 : Abang Man SMS aku, mak nampak seperti tanda-tanda nak pergi jauh... Aku tak percaya sebab mak nampak OK... Seperti biasa aku datang ziarah mak... Aku lihat mak macam tidur... Tapi hari ini mak tak nak makan buah-buahan... Hanya minum susu yang aku bancuh.. Pada jam10 malam, aku dan seorang nurse bantu aku tukarkan lampin mak... Selepas tukar aku SMS dengan Kak Umi bagitahu kesakitan mak, Kak Umi bagi aku zikir Ya Salam, Ya Fattah dan doa... Aku bagi mak dengar Surah Yassin.. Pada ketika ini aku masih belum habis keuzuran... Mak dengar aku cakap tapi aku pelik mak dah tak nampak aku... Aku minta mak dengar Yassin supaya kesakitan yang mak tanggung akan berkurangan sakitnya... Mak hanya anggukkan kepala sambil pejam matanya... Aku picit kedua kakinya, tapi kaki mak terlalu sejuk seprti ais, aku fikir angin tiup...aku picit badan mak untuk bagi mak lena tidur.. Mak memang suka aku urutnya tiap-tiap malam.. inilah kelebihan aku boleh mengurut.. Mak nampak seperti tidur lena, aku SMS kesemua abang aku maklumkan bahawa mak OK.. Sebelum balik pada jam 11 malam, aku minta izin pada mak nak balik tapi mak macam nak aku teman dia sepanjang malam seperti malam-malam yang lalu.. aku berat hati nak tinggal tapi aku janji dengan mak esok malam aku datang malam tidur sama di dalam wad... Mungkin Allah Maha mengetahui dan merancang sertiap perancangan untuk hamba-hambaNya...
26 MAC 2014 : Jam 4.40 pagi,  1 panggilan dari pihak HTAA menyatakan mak sedang tenat... Aku hampir hilang arah... Mujur jiran sebilik tolong hantar ke HTAA. Sampai di WAD 7B, aku terus berlari  tapi tiba di kaunter, nurse panggil aku... Nurse minta kau sabar dan maklumkan bahawa mak sudah sejam pergi.. Di saat itulah aku lemah seluruh badan...  Mak sudah pergi mengadap Maha Pencipta... Ramalan doktor, mak pergi ketika tidur... Ralatnya aku tak jaga pada malam itu, aku serba salah dan takut abang-abang marah aku tak jaga mak malam itu.... Aku tak tahu mak mengucap atau tak tapi aku yakin Allah itu Maha Pengampun dan Maha Menerima.... Aku lihat sekujur tubuh mak kaku di katilnya...Aku peluk jasad arwah mak, aku nangis sekuat-kuat hati.... Macam satu mimpi... Macam ini rasanya bila kehilangan ibubapa... Kini aku hanya ada ayah tempat aku mengadu.. Penganti arwah mak... Dan pada hari arwah mak sudah tiada juga adalah merupakan hari ulang tahun kelahiran aku yang ke-23tahun... Sampai sekarang, aku betul-betul rindukan arwah mak... Rindu nak tidur sama pada sepanjang malam dari usia 1 hari sehingga 22tahun, aku masih tidur bawah ketiak mak.. Bila lihat ayah, ayah seolah-olah sudah kehilangan tulang rusuk yang menemainya selama 41tahun.. Sekarang ayah seperti mahukan kasih sayang dari anak-anak...

YA ALLAH... RAHMATILAH KEDUA IBUBAPA KAMI SEPERTIMANA MEREKA MENGASIHI KAMI..... AMPUNNILAH DOSA MEREKA SEPERTI AWAL KELAHIRAN KAMI YANG MASIH PUTIH BERSIH TANPA DOSA....