‘’Ampunlah dosa-dosaku selama ini
kerana lalai kepadaMu Ya Allah, aku bertaubat kepadaMu dan tunjukilah aku yang benar
Ya Haadi. Ya Allah Ya Qahhar, Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Menundukkan,
tundukkan ego dan sifat kejahatan pensihir yang mensihirkanku agar pensihir mampu
keluar daripada genggaman sihir dan syaitan. Ya Allah Ya Latif, Sesungguhnya Engkau
Maha Lembut yang mampu melembutkan hati yang keras, lembutkan hati pensihir
yang mensihirkanku agar dia mampu mengeluarkan sihir tersebut. Ya Allah Ya
Malik, Yang Maha Membalik-balikkan hati manusia, balik-balikkan hati pensihir
agar menarik balik sihir ini. Ya Allah Ya Haadi Yang Maha Memberi Petunjuk,
berilah petunjukMu kepada pensihir itu agar kembali ke jalan yang benar dan bertaubat
kepadaMu. Sesungguhnya kami tidak mampu menghadapi ujian ini dan keluar dari penyakit
ini melainkan izin dan pertolongan Mu. Engkaulah Ya Salam Yang Maha Menyembuhkan,
sembuhkanlah penyakit ini kerana aku ini beribadat kepadaMu dan menyembahMu.’’
Tiada ulasan:
Catat Ulasan