~SELAMAT DATANG KE BLOG HAYYANZUHA...~

*HARAP PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA... MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YG DI REDHAI...AMIN...*

Rabu, 18 Jun 2014

ILMU RUMAHTANGGA....

1.      LELAKI DAN SYAHWAT
“Tujuh orang yang dilindungi Allah pada hari kiamat dibawah naungan Arasy-Nya, pada hari yang tiada naungan, selain naungan-Nya. Antaranya ialah seorang lelaki yang dipanggil oleh wanita jelita dan bangsawan kepada dirinya. Lalu lelaki itu menjawab: “Aku takut akan Allah, Tuhan semesta alam”. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
2.      MEMILIH RUPA PARAS ANAK
“Pilihlah untuk siapakah akan diberikan air mani kamu. Kerana sesungguhnya wanita-wanita itu akan melahirkan anak yang menyerupai saudara lelaki mereka dan saudara perempuan mereka”.
3.      CINTA PERTAMA
Syair Arab ada mengatakan: “Pindahkan hatimu mengikut cinta yang kamu hajati. Nescaya hatimu tidak akan menerima cinta melainkan Cinta Pertama”. ~ Kata-kata al-Mutanabbi ~
4.     TIP TACKLE HATI SUAMI
a.      Terima suami agar dia menerima anda
b.       Fahamilah suami agar dia faahaami anda
c.       Berubaah untuk menikmati perubahan
d.      Rela memberi untuk menerima
e.       Percaya untuk dipercayai
f.       Menangkaan suami, anda pun turut menang
g.      Sikap negatif hanya membuahkan hasil yang negatif
h.      Bertanggungjawab untuk menikmati kesan tanggungjawab
i.        Kritikan hanya akan dibalas dengan kritikan
j.        Berikan suami apa saja yang dimahukannya, anda juga akan mendapat apa yang anda mahukan
k.     Lebih berminat anda terhadap suami, lebih berminat pula dia terhadap anda
l.        Senyuman itu manifestasi kasih sayang
m.   Panggillah suami dengan panggilan yang manja
n.     Hormati dia sebagai lelaki, dia akan hormati anda sebagai wanita
o.       Dengar dengan baik apa yang dia katakan, dia akan mendengar apa katamu
p.       Bercakap isu yang disukai suami
q.      Ungkapkan bertapa dia sangat penting dalam hidup anda
r.       Elakkan menyatakan penyesalan mengahwininya.
~ Sentuhan Mesra Suami Isteri & Seni Gelora Jimak, Haji Hassan al-Khairun b. Ghazali ~
5.      ANUGERAH WANITA
“Jika seorang wanita menunaikan solat lima waktu, menjaga kemaluannya dan patuh kepada suami maka dia akan memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang disukainya”. (Riwayat Tabarani, Ahmad dan Ibn Hibban. Dianggap hassan oleh al-Albani dalam Adab al-Zifaf, m.s 253)
6.     HIKMAH PERKAHWINAN POLIGAMI
a.      Pembelaan terhadap wanita- anak dara tua atau janda yang memerlukan kasih sayang dan perlindungan serta kesempurnaan hidup.
b.       Perkahwinan bermasalah- isteri tidak mampu hamil dan suami tidak perlu menceraikan isteri pertama tetapi boleh berkahwin lain demi mendapatkan zuriat.
c.       Isteri tidak mampu- tidak mampu melayan naluri suami seperti sakit. Jika masih setia dan sayang, ia boleh menyelamatkan suami daripada maksiat dan zina.

7.     MEMINANG WANITA
“Apabila salah seorang antara kamu hendak meminang seorang wanita, kemudian dia dapat melihat sebahagian yang  dapat menarik hatinya untuk mengahwininya, maka lakukanlah.” (Riwayat Abu Daud)
8.      HAK SUAMI ATAS ISTERI
“Tidak boleh seorang manusia sujud kepada manusia yang lain, dan jika boleh sujud kepada manusia, pasti saya akan meemerintahkan wanita agar sujud kepada suaminya, kerana besarnya hak suami. Demi Allah yang diriku di tangan-Nya! Jika seluruh kepalanya ada bisul yang keluar nanah, kemudian dia(isteri) datang dan menjilatnya, haknya masih tertunai.” (Riwayat Tarmizi, hassan gharib)
9.      PANDANGAN SEORANG ISTERI DAN SUAMI
Isteri yang melihat suaminya dengan penuh kasih sayang, dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, maka Allah melihat mereka(Suami Isteri) dengan penuh rahmat dan kasih sayang.
10.  JIWA ORANG YANG BAHAGIA
Membaca, tertawa, berfikir, beramal, bersenda dan beribadat. ~ Is’adul-Mar’ah, Dr. ‘Aidh bin Abdullah al-Qarni~
11.  KISAH WANITA DAN HUJUNG KAIN
Bekas isteri Rifa’ah datang kepada Rasulullah katanya: “Rifa’ah telah menceraikan saya. Kemudian saya berkahwin dengan Abdur Rahman bin al-Zubair. Dia ini macam hujung kain!”. Rasulullah tersenyum, lalu bersabda: “Adakah engkau mahu kembali kepada Rifa’ah? Tidak boleh sehinggalah kamu menikmati kemanisannya (Abdur Rahman) dan dia menikmati kemanisanmu.” (Riwayat oleh Muslim daripada Aisyah, Hadith Sahih)
*Hujung Kain = Zakarnya yang lembik/Lemah syahwat
12.   PELAJARI, SELAMI, CONTOHI DAN TELADANILAH MEREKA
Wahai wanita...!
a.      Pelajarilah Erti Kesabaran daripada Asiah(Isteri Firaun)
b.       Contohilah Kesetiaan daripada Khadijah(Isteri Rasulullah yang pertama)
c.       Selamilah makna Kejujuran daripada ‘Aisyah(Isteri Rasulullah yang paling muda)
d.      Teladanilah Keteguhan Hati daripada Fatimah az-Zahra’(Puteri Rasulullah)

13.  ISTERI MITHALI
“Isteri yang terbaik ialah isteri yang jika dilihat dia menyenangkan hatimu, jika disuruh dia taat kepadamu, dan ketika engkau sedang merantau dia menjaga dirinya dan hartamu.” (Riwayat Abu Hurairah, disahihkan oleh Muhammad Syakir)
14. KEJADIAN WANITA
“Bergaullah dengan mereka dengan sebaik-baiknya, kerana wanita diciptakan daripada tulang rusuk yang bengkok dan adalah yang paling teratas. Oleh sebab itu, jika engkau luruskan dengan paksaan, ia akan patah, dan jika engkau biarkan, ia akan tetap bengkok.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)
15.  BERBUAT BAIK KEPADA ISTERI
“Seorang yang paling sempurna imannya ialah orang yang baik akhlaknya, dan sebaik-baik kamu ialah orang yang berbuat baik kepada isterinya.” (Riwayat Abu Nu’aim, al-Tabrani daripada Aisyah)
16. DOA WANITA
Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah tentang perkara ini, baginda menjawab: “Ibu lebih penyayang daripada bapa, dan orang yang penyayang tidak akan dilupakan.”
17. CINTA ITU KEKUATAN
“Cinta bukan mengajar kita lemah, tetapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar menghinakan diri, tetapi memghembuskan kegaagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat.” ~Prof. Hamka dalam Tenggelamnya Kapal Van Der Wick~



Tiada ulasan:

Catat Ulasan