~SELAMAT DATANG KE BLOG HAYYANZUHA...~

*HARAP PERKONGSIAN ILMU INI DAPAT MEMBERI MANFAAT KEPADA SEMUA... MOGA KITA MENJADI HAMBA ALLAH YG DI REDHAI...AMIN...*

Jumaat, 20 Jun 2014

CONTOHI SIFAT ANJING???

Hassan al-Basri pernah menyarankan agar kita contohi sifat anjing. Antaranya:
1.    Anjing setia pada tuannya. Bukankah sepatutnya kita yang setia MEMATUHI PERINTAH ALLAH S.W.T
2.   Anjing sentiasa berjaga pada waktu malam. Dan kita patut begitu dengan MEMPERBANYAKKAN SUJUD KEPADA ALLAH S.W.T.
3.   Anjing sentiasa tidur di tempat yang rendaah berbanding tuannya. Kita juga sepatutnya begitu iaitu SENTIASA MERENDAHKAN DIRI DAN TAWADUK.
4.   Anjing hanya makan sedikit sahaja dan tidak pernah makan sampai kenyang. Sifat inilah yang perlu dicontohi SUPAYA KITA TIDAK MALAS APABILA MAKAN TERLALU KENYANG.
5.   Anjing yang tidak bertuan, tidak mempunyai tempat tinggal tetap, sentiasa berpindah sana sini. Begitu jugalah MANUSIA YANG DIANGKAT SEBAGAI KHALIFAH ALLAH YANG AKAN SENTIASA BERMUSAFIR MENYAMPAIKAN DAKWAH ISLAM DAN BUKANNYA DIKATIL YANG EMPUK.
6.   Anjing tidak pernah merajuk atau terasa hati, apabila dipukul oleh tuannya. Malah akan sentiasa kembali kepada tuannya. Tidakkah sifat itu perlu ada pada kita yang mahu mencari ilmu? WALAUPUN DIMARAHI OLEH TUAN GURU, KITA TETAP ISTIQAMAH DAN TERUS MENCARI ILMU, TANPA MERAJUK.
7.   Anjing, jika tempat tinggalnya diambil oleh orang lain, dia redha dan akan berpindah ke tempat lain. Anjing tidak berkelahi dan berdendam. KENAPA KITA HARI INI BEGITU KUAT BERKELAHI DAN BERDENDAM, HANYA KERANA KALAH DALAM PILIHAN RAYA?
8.    Anjing, bila melihat orang lain makan, dia tidak akan datang meminta-minta seperti kucing. Diberi, dia makan. Jika tidak, dia akan tengok sahaja. TIDAKKANH SIFAT REDHA INI PERLU ADA PADA DIRI KITA, BUKANNYA MEMINTA-MINTA?
(Petikan Majalah al-Islam; Jun 2014)

Kita sering mengutuk dan menghalau anjing, sedangkan akhlak kita lebih buruk daripada anjing. Maaf  jika artikal ini sedikit sebanyak menguris hati pembaca. Semoga kita semua dapat menjadi hamba Allah yang diredhai.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan