ZIKIR ASMA UL-HUSNA
RUMAHTANGGA
1. Ya
Rahim (Yang Maha
Penyayang): 100 kali selesai solat fardhu~dikasihi ramai
2. Ya
Jabbar (Yang Maha
Perkasa): 21 kali pagi dan petang~terhindar dari ancaman musuh
3. Ya
Mutakabbir (Yang Maha
Megah Dan Memiliki Kebesaran): 10 kali sebelum bersetubuh dengan isteri~miliki
anak soleh solehah
4. Ya
Musawwir (Yang Maha
Membentuk Rupa): hendaklah berpuasa selama 7 hari berturut-turut. Ketika hendak
berbuka bacalah “Yaa Khaliq, Yaa Baari’, Yaa Musawwir” sebanyak 21 kali dan
tiup pada segelas air lalu diminum semasa brbuka puasa selama 7 hari
tersebut~dikurniakan zuriat
5. Ya
Ghaffur (Yang Maha
Pengampun): Sekerap yang mungkin~keberkatan kepada keturunan
6. Ya
Hasib (Yang Maha
Membuat Perhitungan): Sekerap yang mungkin~menghentikan tangisan bayi
7. Ya
Karim (Yang Maha
Pemurah): 270 kali setiap hari~mampu bayar hutang
8. Ya
Raqib (Yang Maha
Mengawasi): Sekerap yang mungkin~elak keguguran
9. Ya
Wadud (Yang Maha
Pencinta): 1000 kali setiap hari~dicintai Allah,terbit rasa cinta,
menyelesaikan perselisihan faham antara suami isteri
10. Ya
Syahid (Yang Maha Menyaksikan):
Sekerap yang mungkin~anak menjadi taat
11. Ya
Matin (Yang Memiliki
Sifat Maha Kukuh): Sekerap yang mungkin~tambah air susu ibu, 10 kali~anak tidak
derhaka
12. Ya
Waliyy (Yang Memiliki
Sifat Maha Melindungi): sekerap yang mungkin di hadapan pasangan yang
berkelakuan buruk~keharmonian rumahtangga
13. Ya
Mubdi (Yang Maha
Memulakan): 99 kali setiap hari~elak keguguran
14. Ya
Hayy (Yang Maha
Hidup):500 kali sebelum terbit fajar~kedamaian
15. Ya
Qayyum (yang Maha
Berdikari dan Berdiri Sendiri): zikir dari terbit matahari hingga naik
matahari~ mohon kebahagiaan
16. Ya
Wahid (Yang Maha
Tunggal): Secara ulang-ulang~kemuliaan dalam keluarga dan sanak saudara
17. Ya
Waali (Yang Maha
Memerintah): Berulaang-ulang lalu ditiupkan dalam rumah~rumah akan dilindungi
daripada bahaya
18. Ya
Baari’ (Yang Maha
Penderma): 7 kali pada bayi baru lahir~diberi pelindungan sehingga dewasa
19. Ya
Jami’ (Yang Maha
Mengumpul): 10 kali setiap hari~keluarga yang terpisah akan bersama berkumpul
20. Ya
Maani (Yang Maha
Mencegah): Zikir berulang-ulang ditempat tidur~mengembalikan rasa cinta
pasangan
21. Ya
Warith (Yang Maha
Pewaris): “Rabbi laa tadzarnii jardan wa anta khairul waaritsiin”~mendapatkan
anak yang soleh solehah
22. Ya
Sabuur (Yang Maha
Sabar): 289 kali~yerhindar dari fitnah dan dipenuhi rasa cinta kepada Allah
Tiada ulasan:
Catat Ulasan